Connect with us

Pilihan Editor

Buang yang keruh ambil yang jernih – Syed Saddiq, Zakir Naik telah ‘berdamai’

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima kunjungan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di kediaman beliau di Damansara, Selangor hari ini.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Syed Saddiq mengajak semua pihak untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya berlapang dada dalam isu melibatkan penceramah agama, Dr. Zakir Naik kerana tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas daripada melakukan kesilapan.

Loading…

“Beliau (Zakir) sudah minta maaf dan saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.

“Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu juga hendak menghina dan mencaci. Lupakan kisah lalu kerana negara memerlukan proses pemulihan

Advertisement

“Let’s move on. Negara ini perlukan penyembuhan. Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama,” kata Syed Saddiq.


Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertegas bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.

Terdahulu isu Zakir Naik menjadi kontroversi susulan ceramahnya di Kelantan namun beliau telah memohon maaf serta menafikan tuduhan terhadapnya dan berkata kenyataannya mengenai orang Cina dan India rakyat Malaysia telah dipetik di luar konteks ucapannya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebelum ini memaklumkan bahawa Zakir tidak dibenarkan memberi ceramah melalui semua wadah, termasuk media sosial. – Malaysian Update.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel