Connect with us

Terkini

Dakwa anggota tentera ‘hanya makan, tidur’, Koon Yew Yin mohon maaf

Ahli perniagaan Koon Yew Yin memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan anggota tentera “tidak berbuat apa-apa kecuali hanya makan dan tidur”

“Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Loading…

Koon berkata caranya memberi cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam termasuk anggota tentera mungkin tidak disukai sesetengah pihak.

“Sepatutnya saya berkata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara,” katanya.

Advertisement

“Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita.”

Dalam blognya kelmarin, Yew Yin menggariskan enam cadangan mengurangkan beban kerajaan termasuk pengurangan ambilan penjawat awam yang baru.

Antaranya kenyataannya termasuklah anggota tentera “tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang Felda.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel