Connect with us

Jenayah

Dituduh bunuh isteri warga Malaysia, Jutawan ditangkap

Selama lebih empat tahun menjadi buruan pihak berkuasa Amerika syarikat (AS), seorang jutawan hari ini berjaya diberkas di Mexico dan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di California.

Jutawan terbabit yang berusia 55 tahun dikesan berhampiram Mexico City susulan maklumat yang diterima selepas pihak berkuasa menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM418,000).

Loading…

“Hari ini menyeronokkan. Kami menangkap orang buruan dalam Senarai paling dikehendaki Amerika”

“Jangan lupakan kisah pahit ini, ada mangsa, isteri penyayang selama 21 tahun, ibu kepada tiga anak” kata peguam daerah Orange,Todd Spitzer.

Advertisement

Peter Chadwhick ,seorang warga Britain yang tinggal di As, didakwa telah membunuh isterinya dengan mencekik wanita terbabit sehingga mati dan mayatnya dibakar.

Suspek kemudian menghubungi pihak berkuasa dan membuat ‘cerita’ kononnya salah seorang pekerjanya bertindak demikian.

Hasil siasatan kemudian mendapati bahawa suspek berbohong dan dia lah yang sebenarnya telah membunuh wanita terbabit berdasarkan kesan calar pada leher dan darah kering pada kukunya.

Mangsa, Quee Choo Lim, adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan dilaporkan berasal daripada Malaysia.

Kejadian terbabit dikatakan terjadi dalam perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan untuk bercerai dan suspek didakwa telah mencekik isterinya sehingga mati. -Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel