Dr Mahathir salah, maksud sebenar ‘cash is king’ ialah rakyat itu ‘king’

0
280

Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam program Wacana Ilmu Hard Truth: Cash is King anjuran Penerangan Umno Malaysia di Menara Dato Onn semalam berkata istilah ‘cash is king’ yang dikaitkan dengannya disalah tafsir oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Najib Ahli Parlimen Pekan itu berkata Dr Mahathir mungkin tidak faham atau sengaja mengelirukan istilah itu, yang menurut Najib maksud sebenar yang cuba disampaikan ialah rakyat adalah raja.


Loading…

“Saya tidak maksudkan perkataan itu apabila menyebut ‘cash is king’.

“Apa yang saya maksudkan adalah rakyat adalah raja dan wang diguna bagi membantu rakyat.

“Mungkin dia (Dr Mahathir) tak faham atau sengaja tak faham,

“Sebagai sebuah kerajaan, tanggungjawab kita mesti tolong orang yang memerlukan pertolongan. Orang miskin, orang yang ada masalah, anak mahu pergi sekolah tidak cukup wang mahu beli pakaian, beli kasut , kalau ada masalah dari segi keluarga yang uzur dan sebagainya.

Baca: Najib Razak dedahkan ada ‘Sniper’ tembak pejabatnya di Pekan

“Ini semua kumpulan yang kita kategorikan sebagai kumpulan yang memerlukan pertolongan.” jelas Najib lagi. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.