Connect with us

Terkini

Dr Maza: ‘Saya bagi tahu Zakir tak usah cakap isu politik Malaysia’

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik supaya tidak menyentuh soal politik negara ini kerana ini boleh menimbulkan persepsi negatif.

Malah menurut Mohd Asri, beliau sendiri ada memberitahu perkara itu secara peribadi kepada Zakir.

Loading…

“Secara peribadi, untuk bagi adil. Saya bagi tahu dia (Zakir) secara personal (peribadi) tak usah cakap la benda berhubung isu politik tempatan Malaysia ini,” kata Asri melalui satu rakaman kuliah yang disiarkan di Facbooknya, hari ini.

Menurut mufti itu, walaupun sebahagian apa yang diperkatakan oleh pendakwah berkenaan adalah betul tetapi ia menimbulkan persepsi lain.Iklan

Advertisement

“Kalau baca betul-betul, bukan suruh dia (Dr Zakir) halau keluar. Dalam konteks itu, kita faham, taklah seteruk yang mereka kata…

“Agama ajar kita buat baik pada semua orang termasuk non-Muslim. Quran suruh kita buat baik pd non-Muslim, membela hak-hak mereka,” katanya.

Menurut Malaysiakini lagi, Mohd Asri juga mengingatkan bahawa setiap negara mempunyai majoriti kaum tertentu dan sistem sendiri.

“Isu jawi umpamanya, orang kata ini isu soal warisan negara. Dia bercakap mewakili kaum dia.

“Kita berjiran dgn Thailand. Apa bahasa di sekolah mereka? Org melayu di Thai pun tak boleh cakap Melayu, tapi cakap Thai. Apa nak dikata? Itu negara Thai – Thailand. Tanah Thai.

Advertisement

“Saya bukan perkauman. Tapi rasionalnya, tapi kalau orang kata kerana orang Melayu dominan, kita mesti tindas org lain, kita lawan. kita tentang penindasan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel