Connect with us

Terkini

Gesa Tun M letak jawatan, Hassan ada udang di sebalik batu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Yahya menyifatkan gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri disifatkan seolah-olah seperti ada udang di sebalik batu

Abu Bakar berkata alasan Hassan kononnya Dr Mahathir tidak dapat menangani isu dalam negara bukan sahaja tidak tepat tetapi dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.

Loading…

“Apakah niat sebenar beliau (Hassan) membuat gesaan sedemikian terhadap Perdana Menteri dan apakah yang beliau cuba buktikan? Sedangkan rakyat tahu bahawa faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu adalah daripada pengaruh serta pengalaman luas Dr Mahathir dalam politik dan kerajaan.

“Apakah beliau yang juga Pengerusi PKR (Parti Keadilan Rakyat) Johor itu tidak sabar-sabar mahukan ‘bosnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan? Ingatlah akan mandat rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada Dr Mahathir untuk memimpin dan memulihkan negara serta tidak ada tempoh masa untuk proses itu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Advertisement

Abu Bakar juga mengingatkan Hassan yang juga Pengerusi PKR Johor itu supaya menasihatkan pimpinan partinya supaya berhenti membuat gesaan, desakan atau kenyataan media berkaitan isu jawatan Perdana Menteri mahu pun mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.

“Tindakan sedemikian hanya akan merencatkan usaha pemulihan negara selain mencetuskan situasi ketidaktentuan yang boleh meresahkan rakyat dan para pelabur.

“Jadi, saya ingin beritahu kepada Hassan supaya jangan beliau buang masa dengan hal-hal yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Ada baiknya jika beliau beri tumpuan atau idea bagaimana untuk membina semula negara ini bersama-sama dan jangan pentingkan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Hassan mengesyorkan agar Dr Mahathir mengambil langkah berundur daripada jawatan Perdana Menteri dengan mendakwa, Dr Mahathir kini seolah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum, agama dan raja (race, religion, royalty).

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel