Connect with us

Terkini

“Ingat kelakar ke?” – Nabil berang tindakan individu halang kenderaannya

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, semalam telah berkongsikan satu video pada laman sosial Instagram miliknya yang menunjukkan keretanya telah dihalang oleh kenderaan individu tidak dikenali.

Tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit menimbulkan rasa berang pada pengacara itu.

Loading…

Lebih membuatkan Nabil berasa marah apabila individu terbabit tidak meninggalkan nombor telefon sebaliknya hanya meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang meminta agar Nabil memikirkan sendiri nombor telefonnya.

“Telefon nombor Lu Pikir Sendiri. Hahaha” – tulis individu terbabit.

Advertisement

Pada entri video yang dikongsinya, jelas Nabil marah dan menganggap bahawa tindakan individu terbabit bukan sesuatu yang boleh di jadikan lawak.

“Kurang ajar namanya! Ingat kelakar ke! Lu pikir sendiri kepala otak hang!” – tulis Nabil pada video yang dikongsikannya.

Nabil turut membunyikan hon berkali-kali agar pemilik kenderaan berkenaan menyedari situasi itu.

Kemudian, Nabil kongsikan video kedua dimana dia telah menolak kenderaan yang menghalang itu apabila disuruh oleh isterinya, Zira Ayub.

“Owner tak muncul. cerita dia memang tokono! Aku geram”, tulisnya lagi pada video tersebut. – Malaysia Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel