Connect with us

Pilihan Editor

Isu tempat duduk Najib: ‘Itu lah tempat dia’ – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berkenaan dakwaan Najib bahawa kerusinya ditukar, berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kedudukan kerusi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Menolak adanya campur tangan berkenaan kedudukan kerusi Najib, Dr Mahathir merasakan Najib telah ditempatkan di tempat duduk yang betul iaitu di barisan pembesar selaku Orang Besar Pahang di istiadat pertabalan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Loading…

Dr Mahathir berkata itu adalah urusan Istana Negara dan dia tiada kaitan dengan hal tempat duduk seseorang.

“Iyalah, itulah tempat dia kot.

Advertisement

“Itu istana punya kerja, bukan saya,” jawab Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Jasamu Dikenang Institut Perguruan Kota Bharu di Putrajaya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata tempat duduk Najib di istiadat itu sebenarnya sudah ditetapkan dan tidak diubah seperti dakwaannya.

“Najib sendiri beri alasan dia kena duduk di tempat Orang Besar Pahang.

“Dia kena tukar baju. Itu masalah dia. Kita sudah maklum lebih awal,” katanya Mujahid yang juga pengerusi jawatankuasa khas istiadat pertabalan Agong ke-16.

Terdahulu, Najib mendakwa beliau tidak dapat menghadiri istiadat pertabalan Agong kerana hanya dimaklumkan tentang perubahan tempat duduk itu pada 6.30 pagi yang sama menyebabkannya tidak dapat menyediakan pakaian istiadat yang bersesuaian.

Advertisement

Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan ia terlibat dalam susunan tempat duduk Najib dan berkata protokol adalah dibawah pegawai istana. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel