Connect with us

Terkini

Jokowi naiki Proton Persona yang dipandu Tun M

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memandu sendiri Proton Persona membawa Presiden Indonesia, Joko Widodo ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana.

Kedua-dua pemimpin itu bergerak dari Bangunan Perdana Putra selepas selesai mengadakan pertemuan empat mata bersempena lawatan rasmi dua hari Joko ke Malaysia bermula semalam.

Loading…

Ini merupakan momen kedua pemimpin itu yang mesra dipanggil Jokowi, menaiki kereta dipandu Mahathir.

Mahathir memandu Persona berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Advertisement

Pada Februari 2015, Mahathir pernah memandu uji sebuah kereta Proton dengan Jokowi di litar uji Sepang. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel