‘Kalau boleh dapat pandangan dia, bermakna dia setaraf dengan saya’ – Tun Mahathir sindir Charles Santiago

0
6977

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis menyindir Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dengan menyifatkan kedudukannya kini ‘setaraf’ dengan dirinya.

Tun Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin DAP tersebut terhadap dirinya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.


Loading…

“Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya,” kata Tun Mahathir seperti dipetik Astro Awani.

Tun Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.


Terdahulu, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.

Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.