Connect with us

Jenayah

Kes peluk budak sembilan tahun, buruh bersahaja ke bilik bicara

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Seorang buruh binaan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini  hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kedai serbaneka yang rakaman video perbuatannya itu  tular di laman sosial.

Aris, 46,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Loading…

Tertuduh yang berambut panjang, memakai baju T hitam dan berseluar pendek merah, kelihatan bersahaja dan hanya menundukkan mukanya ketika dibawa masuk ke bilik bicara.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal, bagi maksud seksual, iaitu dengan memeluk mangsa berusia sembilan tahun di  sebuah kedai serbaneka,  di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor pada 6.19 petang, 10 Julai lalu.

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothy tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana lelaki itu  warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 4 Sept untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Difahamkan tertuduh telah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta telah 15 tahun menetap di Malaysia bersama keluarganya.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 51 saat dari kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki melakukan sesuatu terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika kanak-kanak itu bersama adiknya sedang melihat barangan di dalam kedai serbaneka. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel