Connect with us

Terkini

Kilang dakwa memo larang pekerja solat palsu

Sebuah kilang di Kapar di sini menafikan dakwaan pihaknya melarang pekerja Islam menunaikan ibadat solat ketika waktu bekerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, wakil pejabatnya menghubungi kilang tersebut selepas mengetahui tentang satu memo yang tersebar di media sosial.

Loading…

Menurutnya, pihak kilang menafikan memo yang tersebar itu dikeluarkan mereka.

“Saya minta pihak syarikat lapor polis sekiranya benar ini satu sabotaj seperti yang didakwa,” katanya lapor Sinar Harian.

Advertisement

Mohd Fakhrulrazi, beliau tidak akan memberi muka kepada pihak yang tidak menghormati dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

“Saya berjanji tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini berlaku. Tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Baca: Kilang plastik larang pekerja Islam bersolat

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel