Connect with us

Terkini

Kit Siang kata tanggapan Dong Zong ‘rasis’ salah

 Lim Kit Siang (DAP) berkata, kenyataan Kementerian Pendidikan sebelum ini yang masih menyambut baik pandangan berhubung pengenalan kaligrafi Jawi di sekolah-sekolah vernakular masih dibuka untuk perundingan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kenyataan hari ini, ahli Parlimen Iskandar itu merujuk kepada kenyataan bertarikh 2 Ogos yang menyebut bahawa kementerian berkenaan “akan terus menerima pandangan pelbagai pihak untuk memastikan pertimbangan yang sewajarnya.

Loading…

Ini, katanya, dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan yang masih membuka pandangan dan perundingan dengan semua kumpulan dan pihak yang berkenaan berhubung subjek itu.

“Ini satu pembukaan yang patut digunakan sepenuhnya untuk satu pertimbangan baru terhadap subjek Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil,” kata Lim.

Advertisement

Lim berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi kumpulan pendidikan Cina Dong Zong untuk mendakwa bahawa subjek Jawi untuk sekolah rendah Cina dan Tamil dalam subjek Bahasa Malaysia Darjah Empat mulai 2020 adalah permulaan pengislaman.

Pada masa yang sama, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah bila menganggap Dong Zong sebagai rasis.

“Kedua-dua itu mencerminkan graviti salah tanggapan yang membendung subjek Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil,” kata Lim.

Di Langkawi semalam, Dr Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai rasis, dengan menyatakan bahawa ia sering membantah terhadap dasar pendidikan kerajaan termasuk dalam memperkenalkan kaligrafi Jawi atau khat di sekolah.

Sementara itu, Lim berkata kontroversi subjek Jawi adalah legasi dari bekas kerajaan sebelum ini.

Advertisement

Beliau berkata, keputusan akhir mengenai buku teks baru bagi sekolah Cina dan Tamil akan memperkenalkan subjek Jawi bagi murid darjah Empat pada 2020 yang dibuat oleh Jawatankuasa Kurikulum Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan dan dua Timbalan Menteri Pendidikan pada mesyuarat 30 Sept, 2015.

Lim berkata hasil daripada campurtangan DAP dalam kabinet, tidak akan ada paksaan, tiada peperiksaan dan tiada pembelajaran atau penulisan Jawi tetapi hanya pengenalan kepada subjek itu. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel