Connect with us

Terkini

Ku Li mahu ‘barua’ dalam UMNO dipencenkan

Pengerusi Jemaah UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini mengesa UMNO mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin dan ahli yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

Tengku Razaleigh berkata disiplin dalam parti perlu diperkuatkan tambahan UMNO sudah bekerjasama dengan Pas.

Loading…

“Orang yang tak boleh berkhidmat kepada parti pencenkan dia. Kita tak mahu ada duri dalam daging, barua dalam parti kita. Apatah lagi Pas sekarang bersama dengan kita.

“Kita kena tengok supaya kedudukan kita kukuh, kuat dan bersatu bersama-sama rakan komponen serta rakan baru kita Pas,” katanya ketika berucap di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, hari ini seperti dilaporkan Sinar Harian.

Advertisement

Tengku Razaleigh turut diberikan penghormatan menanam sepokok kelapa jenis matag di perkarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk sambil diperhatikan Ahmad Zahid.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan pemimpin UMNO di peringkat pusat dan negeri.

Tengku Razaleigh turut menasihati ahli dan pemimpin UMNO supaya tidak menjadi tali barut kepada musuh dan terus membiarkan diri diperalat orang dalam keadaan parti terus dicemuh.

“Oleh itu saya suka menasihati jangan jadi tali barut org lain. Jangan jadi terlampau bodoh biar orang peralat kita.

“Jangan biar orang terus mencemuh kita. Sebab nak jaga jawatan. Kita mesti rela berkorban,” katanya lagi.

Advertisement

Tengku Razaleigh juga berkata, pemimpin dan ahli UMNO tidak seharusnya menunjukkan mereka lemah dan berpecah kerana tindakan tersebut akan menyebabkan orang lain terus memandang rendah dan mencemuh UMNO.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel