Connect with us

Terkini

Ku Seman seru pemimpin Umno bantu pekerja Utusan Melayu

Penulis Ku Seman Ku Hussain menyeru pemimpin Umno supaya tampil membantu pekerja Utusan Melayu yang kini terhimpit dengan isu pembayaran gaji.

Bekas pengarang Utusan Melayu itu berkata, meskipun BN tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, pemimpin Umno masih mempunyai kekuatan untuk membela pekerja syarikat percetakan itu.

Loading…

“Tuan-tuan pemimpin politik yang menunggang Utusan Melayu selepas Mogok Utusan 1961 (bermula penguasaan Umno ke atas Utusan) yang mengaut kekayaan dan kuasa, carilah jalan membantu warga Utusan Melayu yang sangat genting sekarang.

“Selama ini pun mereka hanya kais pagi makan pagi sedangkan tuan-tuan sekali ‘patuk’ boleh kaya-raya, boleh kaya hingga anak cucu. Kerana tuan-tuan juga mereka dipaksa tutup kitab kewartawanan,” tulis Ku Seman di Facebooknya, hari ini.

Advertisement

Semalam Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak Pengerusi Utusan Melayu Aziz Sheikh Fadzir segera melepaskan semua pegangan sahamnya dalam syarikat akhbar itu.

Setiausaha Agung NUJ, Chi Sung Chew berkata langkah itu perlu demi masa depan pekerja dan kakitangan syarikat akhbar itu, yang kini menurutnya susah.

“Walaupun Umno bukan lagi pemegang saham terbesar tetapi semua orang tahu parti itu menggunakan proksi iaitu Aziz Sheilh Fadzir selaku pengerusi eksekutif dan bekas anggota parti untuk terus mengawal akhbar ini.

“Umno langsung tidak mempedulikan nasib kakitangan Utusan ketika ini sehingga sanggup melihat pekerja Melayu hidup menderita demi kepentingan politik mereka.

“Jadi, Umno perlu melihat kelemahan ini segera dan jika tidak mampu menjaga Utusan dan kakitangannya adalah lebih baik melepaskan pegangan saham demi memastikan akhbar ini terus hidup,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Advertisement

Ku Seman berkata, meskipun beliau sudah lama meninggalkan syarikat itu, namun terpanggil untuk menyeru pemimpin Umno membantu syarikat itu.

“Saya sudah berada di luar, hidup mandiri dan kais pagi makan pagi juga. Bukan untuk saya. Tetapi tolonglah mereka yang masih berada di bawah bumbung Utusan Melayu.

“Saya tahu tuan-tuan masih dan tetap hidup mewah walaupun hilang kuasa. Ibarat kata orang bijaksana, miskin cara orang kaya tidak sama dengan kaya cara orang miskin,” katanya. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel