Connect with us

Terkini

Kylie Jenner sambut hari jadi diatas kapal mewah Equanimity

Jutawan muda yang juga selebriti sensasi dan model Hollywood terkenal, Kylie Jenner, dikatakan bakal menyambut hari jadinya yang ke-22 di atas kapal mewah Equanimity pada bulan ini.

Kapal mewah yang penuh kontroversi itu dilaporkan telah disewa oleh selebriti terbabit sempena hari jadinya nanti.

Equanimity bakal menjadi lokasi mewah untuk sambutan ulang tahun buat keluarga besar Kardashian bersama 20 lagi tetamu jemputannya.

Menurut laporan sebuah portal, jutawan muda itu telah membelanjakan sebanyak RM5 juta semata-mata untuk sambutan hari jadinya di atas kapal itu, selain untuk menghabiskan masanya berparti dan berjemur selama seminggu diatas kapal mewah terbabit.

Advertisement

Kapal layar mewah itu adalah bekas milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low dan juga dikaitkan dengan isu politik negara.

Equanimity dijenamakan semula kepada “Tranquality” setelah ia dijual kepada Genting Group pada April lalu pada harga RM523 juta dan pemiliknya menyewanya kepada golongan kaya dengan harga RM5.5 juta seminggu. -Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel