Connect with us

Berita Lain

Lebih 100,000 rakyat Malaysia bersatu pertahankan tulisan jawi!

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi mengharamkan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Exco Armada, Muzzammil Ismail berkata, Dong Zong sangat keterlaluan dan menggugat perpaduan masyarakat kerana mengumpulkan badan bukan kerajaan (NGO) Cina membuat penentangan dengan mengatakan tulisan jawi ini merupakan satu usaha Islamisasi.

Loading…

“Ayuh kita tandatangan petisyen di bawah demi menyatakan sokongan, menerusi pautan ini http://chng.it/XQWhJ4Qhq2,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Sinar Harian.

Muzzamil berkata sebelum ini Dong Zong lantang mendesak kerajaan terutama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan kini menekan kerajaan menggunakan pelbagai tuntutan.

Advertisement

“Menggerakkan satu petisyen membantah tulisan jawi adalah suatu tindakan tersusun yang amat jahat dalam menggugat warisan Malaysia, kami rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Baca: Dong Zong ini rasis, tidak pernah setuju apapun – Dr Mahathir

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai rasis apabila sering membantah setiap dasar pendidikan negara termasuk usaha memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.

Baca: ‘Kalau boleh dapat pandangan dia, bermakna dia setaraf dengan saya’ – Tun Mahathir sindir Charles Santiago

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel