Lelaki menyamar penasihat Istana Negara didakwa menipu

0
17

Seorang pengusaha gerai makan di Temerloh, Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini kerana menipu dengan menyamar sebagai penyelia proses pencairan dan pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga mendorong seorang wanita berusia 41 tahun membayar RM100,000 kepadanya.

Mohd Salimie Baharudin, 26 mengaku tidak bersalah dengan curangnya memperdaya mangsa di lokasi di No 2, Jalan P10B/11, Presint 10 di sini pada 1 Ogos lalu dengan menjanjikan imbuhan tiga kali ganda berbanding jumlah wang RM100,000 yang diserahkan kepadanya dalam beberapa akaun secara berperingkat.


Loading…

Dia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Majistret Shah Wira Abdul Halim menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Sept depan.Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi manakala tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Noordin.

Laporan media sebelum ini menyebut polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong dan Penasihat Istana Negara bergelar Datuk Seri untuk menipu kononnya melepaskan aset Istana Sarawak bernilai RM1.8 juta.

Suspek memperdaya isteri seorang ahli perniagaan kononnya aset itu terkandas di kastam dan memerlukan wang proses untuk menyelesaikan masalah pembekuan aset dalam masa dua minggu. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...