Connect with us

Terkini

Mahkamah isytihar kemenangan Anifah terbatal dan tidak sah di Kimanis

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kerusi parlimen Kimanis yang dimenangi oleh bekas Menteri Luar Anifah Aman pada pilihan raya umum lalu adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati 284 kertas undi tambahan tidak diundi dengan baik hingga mempengaruhi keputusan pilihan raya umum lalu.

Loading…

Beliau berkata penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu yang menyebabkan kemenangan tersebut terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil Kimanis akan diadakan manakala peguam Anifah pula akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Advertisement

Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis PRU-14 dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru selepas memperoleh 11,942 undi.

Calon Warisan Karim Bujang dan Jaafar Ismail dari Harapan Rakyat pula masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi.

Anifah yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu bagaimanapun mengumumkan keluar dari parti itu pada September tahun lalu. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel