Connect with us

Terkini

‘Mereka belajar Khat dan ia sangat cantik, jadi apa masalahnya?’

SEORANG penggiat seni khat Malaysia hari ini mempersoalkan golongan yang takut dan anti seni tulisan berkenaan sedangkan ia menarik minat ramai pihak termasuk dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Abu Hazieq yang juga seorang tenaga pengajar tulisan khat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, hampir setiap semester kursus seni berkenaan disertai oleh pelajar kaum Cina, malah jumlahnya semakin bertambah.

Loading…

Dalam satu hantaran di Facebook, Abu berkongsi gambar-gambar pelajar termasuk dari kaum Cina yang bangga menunjukkan penulisan khat yang mereka hasilkan.

“Dan gambar ini membuktikan, hasil tulisan mereka pun sangat cantik dan dapat menyaingi hasil tulisan pelajar-pelajar saya dari bangsa Melayu. Jadi, apa masalahnya,” soal Abu.

Advertisement

Walaupun tidak memperincikan motif hantaran itu, Abu dipercayai mengulas bantahan beberapa pihak termasuk dari DAP yang mahu kerajaan mengkaji semula rancangan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum di sekolah.

Sebelum ini, 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak pemimpin parti itu yang ada dalam kerajaan mendesak supaya rancangan itu ditarik balik.

Abu dalam hantarannya berkata, dia sering bertanya kepada pelajar bukan Islam yang menyertai kelas khat dan maklum balas yang diterima sangat positif.

“Saya selalu tanya mereka yang mengambil kursus Seni Khat ini, adakah anda tersilap memilih kursus dan mereka menjawab, “kami sendiri yang ingin mempelajari Seni Khat ini”.

“Dan ada yang mengatakan tulisan khat ini sangat unik dan berseni,” tambahnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel