Connect with us

Terkini

Otai Reformis mahu tetap tarikh untuk Dr Mahathir berundur

Kumpulan pro-Anwar Ibrahim akan menetapkan tarikh untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mendakwa Dr Mahathir tiada pendirian tetap untuk berundur, setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, tarikh tersebut akan ditetapkan dalam tempoh seminggu.

“Sidang media sebelum ini kami minta Mahathir letak tarikh bila beliau nak serah dan dia tidak letak satu tarikh nak lepas jawatan kepada Anwar.

Loading…

“Kami sendiri akan letak tarikh untuk beliau, sama ada awal Januari 2020 atau Mei 2020, cukup 2 tahun, setuju atau tidak setuju, itu pandangan kami.

Advertisement

“Memandangkan Mahathir ding dong ding dong nak serah kepada Anwar, kami tengok pendirian beliau sekarang lain macam, sekejap mengadakan perbincangan dengan PAS, bincang dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Sebelum pilihan raya umum ke-14, Mahathir bersama pimpinan Pakatan Harapan membuat perjanjian untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi perdana menteri ke-8 selepas 2 tahun gabungan itu mentadbir negara.

Meskipun mengakui tiada perjanjian rasmi untuk tempoh Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, tetapi katanya, pengerusi PPBM itu perlu mengotakan janjinya kepada PH sebelum PRU14 dengan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri ke-8 selepas 2 tahun gabungan itu mentadbir negara.

“Sebelum PRU, tiada perjanjian hitam putih nak serah jawatan kepada Anwar sebab mereka sendiri tidak yakin boleh menang. Mahathir sendiri pernah cakap beliau tidak percaya boleh menang sebab itu banyak manifesto gagal dilaksana.”

Setiausaha Otai Reformis itu turut membidas Adun PPBM Selangor yang sebelum ini menyuarakan sokongan kepada Mahathir umtuk berkhidmat sehingga mandat 5 tahun PH berakhir kerana mereka hanya sebilangan kecil wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

Advertisement

“Mereka (PPBM) punya kerusi di Selangor kurang dari 5, (hanya) ada 4, mereka ada kerusi yang kecil daripada 56 kerusi DUN, macam mana dia boleh kata separuh Adun setuju Mahathir berkhidmat sampai akhir penggal?

“Mereka kena cermin muka sendiri. Kamu tak bertanya Adun DAP setuju ke tidak atau PKR setuju ke tidak sebab maklumat saya dapat lain, yang sokong Mahathir kekal hanya kumpulan pro-Azmin Ali saja.”

Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan tetap mengotakan janjinya untuk memberi laluan kepada Anwar setelah yakin Malaysia dalam keadaan baik dan stabil, walaupun ada permintaan untuk beliau terus menerajui negara sehingga habis penggal 5 tahun.

Razak turut membidas segelintir pemimpin PH yang didakwa mengubah pendirian dan tidak berani mendesak Mahathir menyerahkan jawatan kepada Anwar, selepas mereka mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Itu masalah mereka ini, sebelum ada jawatan dia setuju, tapi sekarang bila dah jadi menteri, timbalan menteri lain pula pendirian, sebab yang melantik mereka adalah perdana menteri.

Advertisement

“Sebagai contoh, sabelum ini kita lawan habis-habisan isu Lynas, tapi sekarang katanya nak lanjut permit operasi, apa makna sebelum ini kita lawan adalah sekadar nak menang pilihan raya umum?

“(Ahli Parlimen Kuantan) Fuziah Salleh, dulu semangat kuat bantah Lynas, sekarang bila dah jadi timbalan menteri sudah jadi tikus, tidak boleh buka mulut.” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel