Connect with us

Mahkamah

Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguhkan ke Isnin depan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan kepada Isnin depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu dan menetapkan 26 Ogos sebagai tarikh baru perbicaraan kes tersebut.

Loading…

Antara sebab Hakim membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB adalah bagi memberi laluan untuk kes SRC International Sdn Bhd diselesaikan terlebih dahulu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, turut memberitahu mahkamah, pihaknya sudah menyerahkan pernyataan saksi kepada pembelaan Jumaat lalu.

Advertisement

“Bagaimanapun, pagi ini pihak kami akan menyerahkan 15 lagi dokumen tambahan kepada pembelaan,” katanya lagi.

Sequerah kemudiannya menetapkan Khamis ini untuk pengurusan kes. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel