Connect with us

Jenayah

Polis masih siasat dalang di sebalik ‘Wendy Loong’

Polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti sebenar individu yang mengunakan nama Wendy Loong di Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Ketua Polis Pulau Pinang T Narenasegaran berkata setakat ini polis masih belum dapat mengesan pemilik akaun Facebook itu yang dipercayai telah menggunakan akaun palsu dan memuat naik status berbaur penghinaan itu.

Loading…

“Polis masih menjalankan siasatan dan tidak berhenti (menyiasat), kami sedang cuba mengenal pasti identiti sebenar pemiliknya dan polis mengalami sedikit kesukaran kerana sekarang ini ada pelbagai teknologi yang orang boleh buat bagi mengelak akaun tersebut dikesan,” katanya kepada pemberita di George Town, hari ini.

Beliau ditemui selepas program Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Pulau Pinang di Gurney Plaza.Iklan

Advertisement

Narenasegaran berkata masyarakat juga patut bertanggungjawab dan menjaga sensitiviti agama serta kaum dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik status atau kenyataan yang boleh mengganggu gugat keharmonian.

Katanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik status yang menghina agama boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ahad lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad dan Islam menggunakan akaun Facebook palsu.

Berikutan tindakan memuat naik status itu, lebih 400 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh negara untuk mendesak tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel