Connect with us

Jenayah

Suspek langgar Muhammad Danial akan dituduh esok

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir pada 10 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Ab Rashid Ab Wahab berkata individu berumur awal 40-an berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading…

Dalam kejadian tersebut, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kecil dengan keretanya, berhampiran Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti dekat persimpangan Bandar Baru Bangi, selepas kejadian kejar-mengejar antara satu sama lain.Iklan

Sebelum kejadian berkenaan, kedua-dua pemandu itu dikatakan terlibat dalam pergaduhan dan dileraikan pengguna lebuh raya lain, sebelum mangsa yang keluar semula daripada kenderaannya dilanggar, dan tersepit antara kenderaan dengan penghadang jalan.

Advertisement

Susulan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga Sabtu lepas namun hanya suspek lelaki disambung reman berakhir hari ini dan suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada Isnin lepas, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel