Connect with us

Pilihan Editor

Syed Saddiq: ‘Halang anak sekolah kerana protes jawi, tidak ada lebih bodoh sombong daripada ini ‘

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggangap Tindakan Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) yang mahu meyakinkan ibu bapa berhenti menghantar anak-anak mereka sebagai tanda protes terhadap pelajaran jawi di sekolah jenis kebangsaan sebagai tahap bodoh sombong paling tinggi.

Merujuk kepada laporan portal berita TMI, Syed Saddiq yang juga anggota parlimen Muar itu berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu sanggup menghalang anak mereka mendapatkan pendidikan hanya kerana takut subjek yang hanya melibatkan tiga muka surat daripada keseluruh pendidikan.

Loading…

“Sanggup menghalang anak daripada mendapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan jawi yang tidak dimasukkan ke dalam peperiksaan dan sudah pun menjadi pilihan.

“You cannot get more bodoh sombong than this (Anda tidak boleh menjadi lebih bodoh sombong daripada ini),” kata Syed Saddiq menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Advertisement

Semalam menurut laporan portal berita TMI, sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) yang menuntut agar kerajaan mengadakan dialog dengan mereka berhubung cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Jurucakap bagi Pihak Gabungan SEKAT, Arun Dorasamy (tengah) bercakap pada sidang media Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) mengenai mata pelajaran tulisan jawi di sekolah kebangsaan di Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 OGOS 2019/Malaysia Gazette.

Jika gagal kata Sekat mereka akan meyakinkan ibu bapa terbabit agar berhenti menghantar anak masing-masing ke sekolah sebagai tanda protes.

“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” kata Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy.

Terdahulu kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembelajaran tulisan jawi dengan beberapa penyesuaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) mulai tahun 2020. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel