Connect with us

Terkini

Tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu – Muhyiddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong), ahli perniagaan Koon Yew Yin dan penceramah bebas, Dr Zakir Naik, untuk disoal siasat berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan mereka secara berasingan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut diambil ekoran beberapa laporan polis telah dibuat ke atas mereka dan siasatan sedang dijalankan.

Loading…

Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengambil tindakan tegas terhadap pelbagai pihak yang menyebarkan berita palsu serta mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

“Setakat ini, beberapa individu lain juga telah dipanggil untuk disoal siasat dan ada yang sedang dalam pemerhatian PDRM,” katanya.

Advertisement

Muhyiddin berkata, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mendakwa mereka yang terlibat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika terdapat bukti yang mencukupi.

“PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau kenyataan yang dibuat yang didapati mampu mengeruhkan keadaan terutama di media sosial,” katanya yang turut menasihatkan pengguna agar menggunakan media sosial secara berhemah.

Muhyiddin berkata, agensi penguatkuasaan di bawah KDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja termasuk bukan warganegara Malaysia yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

“Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk andaian. Sebaliknya perlu menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa sebelum membuat ulasan tentang sesuatu kejadian.Ini bagi mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah atau tuduhan melulu,” katanya.

Muhyiddin juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenyataan atau komen berunsur fitnah, perkauman atau hasutan, agar melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan menghantar rakaman skrin kepada akaun media sosial rasmi PDRM; Facebook: facebook.com/PolisDirajaMalaysia ; Instagram: instagram.com/pdrmsia_official ; Twitter: twitter.com/PDRMsia dan Youtube: youtube.com/user/PDRMsia

Advertisement

“Malaysia adalah sebuah negara majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian dan meraikan perbezaan yang ada di negara ini,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel