TMJ dilantik Pemangku Raja Johor

0
299
Tunku Ismail Ibrahim dilantik sebagai pemangku raja Johor berkuat kuasa 11 Ogos 2019. — Foto ihsan Facebook/HRH Crown Prince of Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor berkuat kuasa hari ini.

Menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor pagi tadi istiadat pemasyhuran itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dan turut disaksikan menteri besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal serta exco kerajaan negeri selepas mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi.


Loading…

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik anakandanya Tunku Ismail untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri serta memiliki kuasa yang diperuntuk kepada raja.

“DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” titahnya.

Tunku Ismail yang lahir pada 30 Jun 1984 merupakan putera sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia yang menaiki takhta sebagai raja muda Johor pada 8 April 2006.

Baginda kemudiannya dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...