Connect with us

Terkini

Tujuh penuntut kolej, seorang aktivis sertai protes ditahan

Seramai tujuh penuntut dan seorang aktivis ditahan selepas menyertai protes di hadapan kolej pengajian mereka di Ara Damansara, Kelana Jaya, di sini petang semalam.

“Perhimpunan itu disertai kira-kira 50 individu dengan diketuai seorang aktivis sebuah parti politik, yang tidak berpuas hati dengan kolej berkenaan, kerana telah membuang dua penuntutnya disebabkan tidak dapat membayar yuran pengajian.

Loading…

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun ditahan, selepas enggan bersurai ketika mengadakan perhimpunan pada jam lebih kurang lima petang, walaupun telah diminta berbuat demikian oleh pihak polis.

“Berikutan itu kita telah menahan tujuh orang penuntut termasuk seorang wanita dan seorang aktivis  kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama, semalam.

Advertisement

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya, untuk membantu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel