Connect with us

Terkini

Tulisan khat dalam silibus BM tahun depan diteruskan, kata KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.

KPM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014.

Loading…

Usaha itu juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan.

“Sehubungan itu, KPM akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat ini seperti dijadualkan, dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

KPM turut menjelaskan selain terdapat pada jata negara, jata negeri-negeri dan wang kertas Ringgit Malaysia, tulisan khat adalah warisan Bahasa Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

KPM komited untuk bersama-sama membina Malaysia yang memiliki persefahaman dan pengetahuan kukuh terhadap warisan kebangsaan, katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu untuk sekolah vernakular tahun hadapan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel