Connect with us

Terkini

Waytha gesa media henti beri publisiti pendakwah sebar kebencian

Media harus henti daripada memberi sebarang publisiti dan tidak memberi perhatian kepada pendakwah yang meniupkan api kebencian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.

Beliau berkata ada baiknya jika semua media mencapai kesepakatan untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan suara yang membangkitkan sentimen kebencian dan keagamaan dalam komuniti.

Loading…

“Negara akan lebih aman jika kita mengabaikan suara pendakwah yang meniupkan api kebencian kerana mereka boleh disenyapkan secara efektif jika diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi tertutup Dialog Harmoni: Pentingnya Persefahaman Antara Agama kepada Perpaduan Nasional di Universiti Malaya.

Waytha Moorthy berkata cadangan untuk menyenyapkan sentimen yang disuarakan di negara ini disyorkan oleh seorang ahli akademik yang menyertai dialog tertutup itu, yang dihadiri oleh ahli akademik, ahli masyarakat sivil dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) .Iklan

Advertisement

“Ini adalah salah satu cadangan terbaik untuk memupuk keharmonian. Menurut ahli akademik, hanya minoriti kecil yang cuba membangkitkan sentimen ini dan di sini kita mempunyai media yang mempromosikan orang-orang ini.

“Kami mengadakan sesi dialog yang sangat berhasil dan kami juga bersetuju bahawa kami perlu mendidik anak-anak kita untuk lebih memahami agama lain,” katanya.

Waytha Moorthy berkata cadangan lain adalah mengenai memperkasakan pendidikan agama di sekolah dan lebih banyak usaha perlu dilakukan di peringkat universiti dan sekolah menengah supaya golongan belia memahami budaya, agama dan cara hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel