Connect with us

Terkini

Yogyakarta destinasi seterusnya Lawatan Negara Agong ke Indonesia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini tiba di Yogyakarta bagi meneruskan Lawatan Negara ke Indonesia yang bermula pada Isnin.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat dari Jakarta  tiba di Lapangan Terbang Udara Adisutjipto di sini pada kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Loading…

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta, Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Aryo Paku Alam X dan Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia, Eko Putro Sandjojo selaku menteri pengiring.

Turut menyambut ketibaan baginda berdua Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Advertisement

Mengiringi baginda dalam lawatan itu ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan kementerian luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Program lawatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual bermula dengan pertemuan bersama Sultan Yogyakarta dan Gabernor Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Baginda berdua turut dijadual melawat beberapa tempat bersejarah di sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel