Connect with us

Pilihan Editor

[Video] ‘Hati beta terpanggil’, Sultan Abdullah lawat mangsa kebakaran di Tawau

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat dekat sini hari ini bagi memenuhi hasratnya untuk bersama rakyat yang ditimpa musibah.

Seri Paduka bertitah bahawa baginda terpanggil untuk menziarahi mangsa kampung itu setelah mengetahui kejadian kebakaran itu ketika baginda berada di Jakarta, Indonesia.

Loading…

“Apabila saya terbaca dan terlihat dalam berita mengenai kejadian kebakaran di sini (Kampung Otentik), hati saya memang sudah terpanggil agar saya mesti datang ke sini kerana saya hendak merasai kesusahan dan keperitan yang dilalui mangsa kebakaran.

“Pada Hari Kebangsaan lepas, kebetulan ada satu kejadian kebakaran di sebuah perkampungan di Sungai Lembing, Pahang, tetapi saya sudah komited untuk ke Tawau dahulu dan kemudian, saya akan berkunjung ke Pahang,” titahnya ketika menziarahi mangsa kebakaran kampung itu di Masjid Al-Mukarramah, di Tanjung Batu Keramat.Iklan

Advertisement

Untuk itu, Seri Paduka melahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta jabatan dan agensi terlibat kerana menjayakan ziarah baginda ke kampung itu.

Baginda turut mengajak rakyat untuk memberi penghargaan kepada pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan pantas pasukan berkenaan untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke lebih banyak rumah dan tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Saya menganggap kehadiran kita bersama di sini sebagai satu rahmat daripada Allah supaya kita ingat dan bersabar serta mempelajari musibah yang dilalui.

“Saya telah mendengar (taklimat kejadian oleh JBPM) dan memperhatikan kedudukan rumah di kampung ini yang dibina agak rapat dan boleh mendatangkan bahaya.

“Saya berharap kerajaan dapat mengkaji mengenai (rancangan) bina semula rumah untuk mangsa dan beta berdoa agar rumah dibina selamat diduduki,” titahnya lagi.

Advertisement

Pada lawatan Seri Paduka, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 87 ketua isi rumah yang terjejas oleh kebakaran pada malam 26 Ogos lepas itu.

Baginda turut mendengar taklimat kejadian kebakaran itu oleh Pengarah JBPM Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah dan meninjau tapak kejadian yang telah memusnahkan 69 rumah dan mengakibatkan 511 orang tinggal sehelai sepinggang. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel