Bicara kes 1MDB tangguh, Najib sakit mata lagi

Perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) ditangguh hari ini berikutan Datuk Seri Najib Razak mengalami sakit mata.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika prosiding pada hari ketujuh perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Muhammad Shafee berkata, salinan cuti sakit hanya boleh diserahkan kepada mahkamah dan pihak pendakwaan selepas bekas perdana menteri itu berjumpa doktor pada jam 10.30 pagi ini.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak guam pada jam 7.15 pagi dan menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir perbicaraan kerana sakit mata.

Advertisement

“Barangkali jangkitan mata itu disebabkan cuaca jerebu di mana pada petang semalam beliau berada di luar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Tiada sebarang bantahan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram.

“Pendakwaan tiada apa-apa ingin dikatakan. Kami hanya menunggu laporan kesihatan (medical report),” katanya.

Collin membenarkan penangguhan dan mengarahkan supaya pihak pembelaan memaklumkan perkara terkini berhubung jumlah cuti sakit yang diperoleh Najib.

“Sekiranya dua hari (hingga esok) maka perbicaraan akan bersambung Selasa depan.

Advertisement

“Sekiranya cuti sakit hanya sehari (hari ini) esok akan sambung bicara,” katanya.

Bekas pegawai khas kepada Najib iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin sepatutnya menyambung keterangannya dalam prosising hari ini.

Sebelum ini dalam prosiding perbicaraan SRC International Sdn Bhd, Najib pernah mengambil cuti sakit selama tiga hari atas masalah kesihatan yang sama.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Advertisement

Loading…

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

20 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

22 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago