Categories: Jenayah

Tujuh tokan dadah di Perlis kantoi!

Bermula dengan penahanan lelaki mencurigakan di tempat letak kereta dekat Kuala Perlis, membolehkan enam lagi individu diberkas yang semuanya terbabit pengedaran dadah.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis menahan lelaki berusia 34 tahun itu pada Isnin lalu, ketika dia mahu memasuki Honda Civic FD biru di kawasan berkenaan dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu kemudiannya menemui sejumlah dadah jenis syabu.

Loading…

“Susulan penahanannya, enam lagi lelaki ditahan berusia antara 22 hingga 52 tahun yang dipercayai menjadi tokan kepada sindiket dadah di negeri ini.

“Semua mereka ditahan menerusi lima serbuan di Kuala Perlis, Simpang Empat dan Arau yang berakhir 4.30 pagi semalam.

Advertisement

“Pasukan juga merampas 1184.81 gram (gm) dadah jenis syabu dan 23.68 gm heroin bernilai RM121,685.40,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis seperti dipetik Harian Metro.

Surina berkata, dadah yang dirampas dipercayai diperoleh dari Pulau Pinang dan untuk pasaran Perlis.

“Kita percaya sindiket ini menyasarkan perkampungan nelayan untuk pasaran dadah mereka yang didagangkan secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Morfin.

“Selain kereta Honda Civic FD, kita turut merampas kenderaan seperti dua kereta BMW dan Proton Wira serta sebuah motosikal Yamaha 135LC milik suspek dengan nilai keseluruhan RM120,000,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohamad Aizat

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago