Categories: Terkini

Zuraida: Kenapa harga unit PPR Sarawak mahal 10 peratus?

Kerajaan Persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah meminta kerajaan negeri supaya menyelaraskan harga rumah berkenaan pada lawatannya ke negeri itu sebelum ini.

Loading…

Zuraida berkata harga rumah PPR di Semenanjung adalah sekitar RM42,000 namun harga rumah yang sama di Sarawak adalah kira-kira 10 peratus lebih mahal.

“Tidak logik bila kita buat rumah dengan harga itu, kemudian harga itu dinaikkan, kemudian duit itu dia simpan ini tidak betul. Tujuan kita bina rumah ini adalah untuk keperluan rakyat bila anda naikkan lagi harga, ia menyusahkan lagi rakyat.

Advertisement

“Itu yang kita minta, tetapi sehingga sekarang mereka belum lagi respon balik kepada kementerian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mendedahkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Sarawak, yang pertama kali diadakan, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai mesyuarat khas Kabinet yang diadakan semalam, Zuraida berkata antara lain, setiap kementerian pada mesyuarat berkenaan diarahkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

“Kita sedang menyediakannya, bagi kementerian  kita memang tengah teliti lagi,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Wawasan Kemakmuran Bersama merupakan harapan dan agenda baharu untuk masa depan Malaysia yang menjadi asas kepada penyatuan negara.

Advertisement

Wawasan itu menggariskan hasrat agar seluruh rakyat Malaysia mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030. — Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

21 mins ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

5 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

21 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago