Connect with us

Terkini

Jerebu: Jokowi kerah tentera, 52 pesawat kerana Malaysia dan Singapura!

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, kerajaannya melakukan semua usaha, termasuk mengerah 52 pesawat untuk memadam kebakaran hutan di negara itu yang menyebabkan jerebu teruk di Indonesia serta negara jiran, termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut Kompas, Jokowoi berkata, anggota tentera tambahan turut dikerah memadam kebakaran yang kini membabitkan 5,600 orang.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) – Foto Malay Mail

“Segala usaha sudah dilakukan dan saya sudah mengarahkan anggota tentera ditambah. Secara keseluruhannya, 5,600 anggota tentera dikerah sejak kelmarin.

“Kerajaan juga akan terus menggunakan bom air di lokasi kebakaran hutan dan tanah,” katanya di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin, Pekanbaru semalamseperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau melakukan tinjauan di lokasi kebakaran serta melihat persiapan pesawat untuk melakukan pembenihan awan kedua, selepas kali pertama pada Jumaat lalu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel