Categories: Terkini

Kerajaan telah bayar faedah RM9 bilion bagi hutang 1MDB

Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan juga komited membayar balik keseluruhan hutang termasuk hutang pokok berjumlah RM36 bilion menerusi penjadualan hutang yang ditetapkan agar tidak menjejaskan reputasi negara.

Loading…

“(Dalam masa yang sama) kita perlukan perbelanjaan pembangunan untuk perkara-perkara lain jadi kita harus melihat keutamaan.

“Kita juga tidak gagal dalam membuat bayaran balik dan bila sampai tempoh kita akan bayar dan akan pastikan projek-projek yang lain dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan ke-29 di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Dr Yacob Mustafa dan Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara Datuk Zamimi Awang.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada tahun lepas dilaporkan berkata, kerajaan mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kerajaan Kelantan mengenai pembayaran royalti minyak yang kini masih dalam penelitian di Kementerian Kewangan, Amiruddin berkata kerajaan akan membuat bayaran itu setelah segala perincian diselesaikan.

“Apa yang sudah sampai tempoh dan ada keputusan yang dibuat oleh kabinet ataupun oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri, Kementerian Kewangan akan akur dan kita akan laksanakannya,” katanya.- BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

18 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

19 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago