Connect with us

Terkini

Langit di Indonesia bertukar merah akibat jerebu

VIRAL di media sosial, gambar-gambar langit bertukar merah di Kabupaten Muaro Jambi kerana diliputi jerebu dan asap tebal, tenngah hari tadi.

Keadaan mengerikan itu menggemparkan penduduk yang nyata kebingungan melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

Loading…

Walaupun kejadian berlaku pada waktu 12.30 tengah hari, keadaan seolah-olah sudah gelap kerana cahaya matahari dihalang oleh asap dan kabus yang tebal.

Bukan itu sahaja, udara di sana juga sangat berbahaya kepada penduduk setempat dan pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan agar mereka tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Namun, arahan tersebut tidak dihiraukan dengan sebahagian penduduk keluar untuk merakam gambar dan video kejadian tersebut.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel