PEMAIN bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo (CR7) bertemu dengan anak angkatnya, Martunis Ronaldo pada hujung bulan lalu di Itali setelah tiga tahun tidak berjumpa.
Menerusi laman Instagram, pemuda berasal dari Aceh itu memuat naik beberapa keping gambar bersama bintang Portugal berkenaan ketika menjayakan kempen Shopee.
“Tiga tahun tidak bertemu, Alhamdulillah Allah masih mempertemukan saya dengan sosok pemain terbaik dunia dan & mempunyai jiwa yang murni,” tulisnya.
Untuk makluman, pemain tersohor tersebut telah membiayai pendidikan pemuda itu ketika berusia tujuh tahun setelah terselamat dari bencana tsunami pada tahun 2004 di Indonesia.
Martunis ditemui oleh orang awam selepas 21 hari bencana itu berlaku dalam keadaan bersendirian serta memakai jersi Portugal.
Disebabkan sifat prihatin dan perikemanusiaan CR7, kini Martunis juga menjadi pemain bola sepak dengan menandatangi kontrak kelab bola sepak Sporting Lisbon.