Connect with us

Terkini

Aktivis Khalid Ismath ditahan kes hina Agong, Permaisuri

Polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Loading…

Beliau berkata suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.

Advertisement

Berikutan itu, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Tunku Azizah dilaporkan telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda berikutan komen negatif daripada netizen. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel