Connect with us

Mahkamah

Aktivis mengaku tak salah muat naik video jelik

Seorang aktivis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan bersifat jelik menerusi laman sosial Facebook pada Februari lepas.

T Arunakirinathan, 35, yang memakai kemeja ungu dan berseluar jeans bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Loading…

Berdasarkan pertuduhan pertama, Arunakirinathan didakwa menggunakan profil ‘Arunakiri Nathan II’ melalui perkhidmatan Facebook secara sedar memuatnaik satu video kenyataan-kenyataan yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11.52 malam, 15 Feb lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.Iklan

Advertisement

Bagi pertuduhan kedua, aktivis itu didakwa melalui video, laman Facebook, tarikh dan masa sama mendatangkan bangkitan marah kepada masyarakat Melayu dan, atau Muslim (atau dengan mengetahui mungkin bahawa) bangkitan marah itu akan menyebabkannya memecahkan keamanan awam dan menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Video itu telah dilihat pada 19 Feb kira-kira pukul 9 pagi di sebuah premis di Lapangan Perdana 30, Panaroma Lapangan Perdana, Kampung Rapat di Ipoh oleh pengadu sebelum Arunakirinathan ditahan pada 21 Feb lepas.

Hakim menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Okt ini.

Selain diberi jaminan, tertuduh yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan bermula 1 Okt ini sebagai syarat tambahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Mohd Waffy Ismail dan Jean Siow Chung Hwei, manakala tertuduh diwakili peguam Zawharul Haq Abdul Rahman. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel