Connect with us

Pilihan Editor

Anak Musa Aman kini sah wakil rakyat Bersatu

Anak Tan Sri Musa Aman hari ini menerima kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yamani Hafez Musa yang juga ahli parlimen Sipitang menerima kad keahlian dalam satu majlis tertutup di antara Dr Mahathir dan pimpinan Bersatu Sabah, lapor Projek MM.

Loading…

“Hafez akan duduk bersama kita sebagai penyokong kerajaan dan bukan lagi wakil Bebas,” kata Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Ronald Kiandee.

Bekas ketua pemuda Barisan Nasional Sabah memohon menyertai Bersatu pada Januari lepas namun tidak diterima secara langsung.

Advertisement

Bersatu Sabah kini memiliki lima ahli parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri menajdikannya kedua terbesar selepas Parti Warisan Sabah.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel