Connect with us

Pilihan Editor

Azmin Ali Sertai Bersatu? Ini Jawapan Tun Mahathir

Nampaknya khabar angin mengatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk sertai Bersatu kian terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan juga Pengerusi bagi parti itu mengatakan pihaknya bersedia untuk menerima kehadiran Azmin.

 Kalau ada permohonan (daripada Mohamed Azmin), kita timbanglah, katanya.


Loading…

Menurut laporan portal OhMedia, semasa Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu di Shah Alam tempoh hari, Azmin Ali kelihatan turut hadir dan ini menyebabkan ramai orang mula tertanya-tanya.

“Ramai (yang) datang tapi mereka tidak menyatakan hasrat untuk menyertai PPBM,” kata Dr Mahathir yang ditemui selepas menyaksikan acara The Putrajaya Boat Race 2019, pertandingan mendayung perahu, di sini semalam.

Hubungan rapat antara Azmin dan Tun Mahathir juga sebenarnya sudah mula dapat dilihat sekarang, di mana Azmin selalu menyokong apa sahaja yang dilakukan Tun Mahathir.

Advertisement

Tapi, Tun Mahathir meminta untuk semua pihak tidak mempertikaikan kehadiran Azmin kerana Bersatu turut menjemput pemimpin-pemimpin lain dan mereka turut hadir.

Memetik portal Bernama, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengulas mengenai Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS kelmarin dengan berkata beliau tidak faham bagaimana kedua-dua parti itu boleh bekerjasama.

“Saya tidak faham bagaimana Umno boleh bekerjasama dengan PAS kerana Umno kafir,” kata beliau merujuk kepada kenyataan PAS sebelum ini yang melabelkan Umno sebagai parti kafir.

Ditanya mengenai kenyataan pemimpin parti tersebut bahawa kerjasama itu bukan mengenai sentimen perkauman dan agama, Dr Mahathir berkata: ‘Selalunya mengenai kaum dan agama. (Tetapi) Jika untuk membangkitkan perasaan perkauman, saya rasa itu salah.

Kelmarin, Umno dan PAS memeterai piagam kerjasama yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Advertisement

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada perhimpunan itu menyeru semua pihak agar tidak perlu bimbang terhadap penyatuan dalam kalangan orang Melayu yang dianjurkan PAS dan Umno, kerana Islam bermula dengan membina integriti individu, keluarga, bangsa dan negara bermasyarakat majmuk.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya pula dilaporkan berkata Umno dan PAS tidak perlu terperangkap dalam “politik perkauman sempit” kerana ia bercanggah dengan fitrah Islam yang menganjurkan kesederhanaan dan menghormati agama lain selari dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel