Connect with us

Terkini

Bayi 4 bulan meninggal dunia angkara jerebu

SEORANG bayi berusia empat bulan di Palembang, Indonesia, meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan.

Mangsa, Elsa Pitaloka, mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di Talang Buluh, Banyuasin dilanda jerebu toksik selama beberapa minggu yang turut menjejaskan kira-kira 800 isi rumah.

Loading…

Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semalam.

Menurut doktor pakar, Elsa meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria. Tetapi masih belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atas mangsa.

Advertisement

Difahamkan, Elsa dilahirkan sebagai bayi yang sihat dan normal, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun masalah pernafasan itu tiba-tiba menyerangnya.

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik.

Sumber: Jogjaininside

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel