Connect with us

Pilihan Editor

Dr Mahathir sahkan tiada rombakan Kabinet selama jadi PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada sebarang rombakan Kabinet semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Tidak, tidak ada semasa dalam tempoh pentadbiran saya,” katanya semasa ditemu ramah di stesen radio BFM di sini, bagi menjawab satu soalan sekiranya barisan kabinet samasa perlu dirombak.

Loading…

Menurut Dr Mahathir walaupun barisan menteri ketika ini masih baharu memikul tanggungjawab masing-masing, mereka kini mempunyai pengalaman kira-kira setahun sebagai menteri.

“Jika saya ambil menteri baharu, saya perlu memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu, dia mungkin tidak akan dapat melaksanakannya dengan baik. Menteri baharu tidak bermaksud menteri yang lebih baik,” katanya.

Advertisement

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata rombakan Kabinet tidak semestinya menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mungkin akan menimbulkan masalah baharu.

“Apabila anda merombak semula kabinet, ia akan mewujudkan banyak masalah, ia tidak menyelesaikan masalah (tapi) mungkin mewujudkan banyak masalah, itu sebabnya saya tidak berapa setuju untuk menyelesaikan masalah dengan menukar orang. Saya ada buat pertukaran sebelum ini, saya berhenti (tugas) tapi saya dipanggil unhtuk kembali,” tambahnya.

Sementara itu mengulas isu berkaitan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, Dr Mahathir berkata rakan sejawatannya di India Narendra Modi tidak meminta supaya Malaysia mengembalikan Zakir yang merupakan orang yang dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan penggubahan wang dan menghasut menerusi ceramahnya.

Ekstradisi penceramah kontroversi itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh Dr Mahathir semasa perjumpaan dengan Modi di luar Forum Ekonomi Timur di Rusia awal bulan ini.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan juga sedang berusaha mendapatkan satu tempat buat penceramah berkenaan.

Advertisement

“Tidak banyak negara mahukannya. India tidak bertegas (mengambilnya). Saya bertemu dengan Modi (dan) dia tidak beritahu saya yang dia mahukan orang ini (Zakir). Kami cuba mencari tempat di mana dia boleh pergi, tapi buat masa ini tiada sesiapa yang mahu menerimanya,” tambahnya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel