Connect with us

Pilihan Editor

Jerebu: Penafian Menteri Indonesia akhirnya disangkal oleh laporan antarabangsa

Sebelum ini Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar dilaporkan telah menafikan asap jerebu yang melanda Malaysia bukan berpunca daripada pihak mereka.

Siti Nurbaya menegaskan kebakaran hutan di negara itu bukan punca jerebu di negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.

Loading…

Siti Nurbaya berkata, tiada lagi asap rentas sempadan dikesan selepas pihak berkuasa Indonesia meneruskan usaha memadamkan kebakaran hutan dan belukar.

“Langkah memadamkan kebakaran hutan dan belukar diteruskan di semua titik panas yang dikesan.

Advertisement

“Titik panas pada Ahad lalu juga dilihat menurun berbanding yang direkodkan pada Rabu lalu,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Antara News

Namun sehingga hari ini, bacaan IPU dicatatkan paling tinggi di Kuching, dengan bacaan 247 (setakat jam 9 pagi tadi).

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin

Menjawab Siti Nurbaya, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata data dari Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) jelas menunjukkan bahawa negara jiran itu bertanggungjawab terhadap jerebu yang melanda negara pada masa ini.

“Biarkan data sendiri yang berkata-kata…Menteri Siti Nurbaya tidak harus berada dalam penafian, “katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam Facebook pada Rabu.

Siti Nurbaya bagaimanapun berkata, Malaysia mungkin tidak mendapat gambaran secara objektif mengenai kebakaran yang menyebabkan berlakunya jerebu di Sumatera dan kepulauan Borneo, lebih sebulan lalu.

Menurutnya, walaupun jere­bu yang berpunca daripada kebakaran di Indonesia mungkin masuk ke Malaysia, namun asap yang masuk ke Malaysia itu datang dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia, menyumbang kepada pencemaran kualiti udara di Semenanjung.

Advertisement

“Saya hanya meminta mereka (rakyat Malaysia) supaya lebih objektif serta mengemukakan fakta secara berurutan ketika menganalisis data,” katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Malaysia yang menggunakan data baharu daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC), di sini hari ini.

Gambar tangkapan skrin dari laman web Web Global Forest Watch Fires

Bagaimanapun hari ini penafian ini disangkal kerana laman web antarabangsa, Web Global Forest Watch Fires mengambil Maklumat Kebakaran Untuk Sistem Pengurusan Sumber (FIRMS) Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi pengesanan satelit MODIS dan VIIRS mededahkan bahawa terdapat 31367 kebakaran berlaku di Indonesia yang direkodkan dari 8 hingga 15 September lalu.

Pusat Meteorologi Asean (ASMC) juga mendedahkan bahawa bilangan titik panas terkini di Sumatera ialah 274 dan 305 di Kalimantan manakala bilangan titik panas tiada direkodkan di Malaysia.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menegaskan Akta Jerebu Rentas Sempadan perlu segera diwujudkan oleh Malaysia dan negara-negara Asean yang bagi menjamin penguatkuasaan undang-undang yang lebih efisyen antara negara serantau.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel