Connect with us

Terkini

Khabib Nurmagomedo derma lebih RM417,000 kepada sekolah anak-anak yatim

SETELAH berjaya menewaskan Dustin Poirier, Khabib Nurmagomedov menyarungkan t-shirt milik lawannya selepas perlawanan di UFC 242 minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Khabib menjual baju yang tertera nama Poirier itu dengan harga AS$100,000 (RM417,230) sekaligus wang berkenaan akan diserahkan kepada tabung dana kebajikan.

Loading…

Menerusi laman Twitter, Poirier mengesahkan bahawa juara lightweight UFC itu telah menunaikan janjinya untuk mendermakan hasil jualan baju tersebut.

Wang tersebut akan diberikan kepada The Good Fight Foundation iaitu tabung dana kebajikan yang ditubuhkan oleh Poirier dan isterinya, Jolie.

Advertisement

Bersyukur atas kasih sayang dan sokongan!

Lebih menyentuh hati apabila kutipan dana itu bertujuan membantu anak-anak yatim di Uganda untuk membina perigi air di sekolah.

The Good Fight Foundation juga tidak lupa mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan Khabib yang berpegang kepada janji.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel