Connect with us

Pilihan Editor

Khianat besar jual MyKad kepada warga asing – Menteri

Tindakan menjual kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada warga asing adalah satu pengkhianatan besar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.

Loading…

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Datuk Ruslin Jusoh) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan yang membabitkan kes berkenaan atau kes seumpama ini.

“Kementerian bertanggungjawab ke atas proses permohonan kad pengenalan diri di Malaysia. Proses permohonan sedia ada adalah jelas dan semua permohonan yang lengkap akan diproses secara adil,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya semalam. 

Advertisement

Justeru, Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya mengikut proses tersebut dan tidak sama sekali cuba mendapatkan sebarang jenis dokumen melalui saluran yang tidak betul. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pengeluaran dokumen secara tidak sah boleh menyalurkannya kepada PDRM.ADVERTISING

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas penahanan 20 individu termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan (MyKad) secara penipuan baru-baru ini.

Pada Khamis, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang dan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel