Connect with us

Hiburan

Lebih 6.3 juta undian, Mira Filzah dinobat Bintang Paling Popular ABPBH32

Mira Filzah dinobat sebagai Bintang Paling Popular pada acara berprestij Anugerah Bintang Popular BH 32 (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, malam ini.

Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendapat undian tertinggi sebanyak 6,320,430 sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya Siti Nordiana dan Syafiq Kyle.

Loading…

Kemenangan tersebut membuat pelakon drama Sweet Dreams itu membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Xtrail serta trofi.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein serta dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Raihan, Aishah, Sonaone, Ismail izzani, Zizan Razak, Ayda jebat, Andi Bernadee, Arif bahran, Sufian Suhami, De Fam, Stacy, Akim, Hazama dan kumpulan duo GTI.

Advertisement

Sementara itu, Mustapha kamal, Aida khalida, Ella, Amy Mastura, Azhan Rani, Noorkhiriah, Azar Azmi, Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Fikry Ibrahim, Mimi Lana, Shuib, Zara Zya antara yang muncul sebagai penyampai trofi.

Anugerah berprestij yang berlangsung lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM serta Hot FM.

SENARAI PEMENANG ABPBH 32

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

Advertisement

Pelakon TV Lelaki Popular: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

Advertisement

Penyanyi Wanita Popular: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Janna Nick

Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

Advertisement

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

Artis Korea Popular : BTS

Artis Indonesia Popular : Laudya Cynthia Bella

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah

Advertisement

Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha

Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya

Lagu Paling Boom : Haqiem Rusli

Artis Sensasi Online Popular: Haqiem Rusli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel