Lelaki dipercayai dibunuh, dibakar sebab kacau awek orang

0
45

4 September lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar di temui dalam anak sungai berdekatan jambatan Kampung Puyu, Jalan Semerak, Pasir Puteh. 

Mayat itu ditemui terapung pada jam 3 petang dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari berdasarkan keadaan mayat. 

Mangsa dipercayai berusia 20 tahun dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan pukul dengan objek tumpul di muka dan badannya, selain kesan luka dan terbakar 30 peratus, lapor Harian Metro.

Polis tidak menemui sebarang senjata di lokasi mayat ditemui dan mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dari Terengganu setelah menjalankan proses pengecaman. 

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan 11 individu termasuk empat wanita berusia 16 hingga 55 tahun. 

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca apabila mangsa didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...